Bekas Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo kembali ke industri e-sukan dengan kerjasama Geek Fam.
Bukan lagi Geek Fam, Geek Slate diperkenalkan sebagai tanda kerjasama baharu antara organisasi ini.
“Slate” adalah salam satu anak buah e-sukan Avium, satu syarikat yang diasaskan bersama Yeo dengan pelaburan sebanyak RM8.8 juta Ogos 2022.
Kerjasama baharu ini adalah di antra Avium dan Geek Fam.
Geek Fam juga akan ditukarkan kepada Geek Slate dan mereka akan bermula dengan satu pasukan Dota 2 baharu yang akan berlawan untuk DPS SEA Division 1 yang mempunyai jumlah wang terjumpul sebanyak RM880 ratus ribu.
Usaha ini dibuat untuk melayakkan mereka ke Dota 2 Major pertama tahun ini di Peru.
“Layak ke The International (TI) adalah salah satu impian saya. Apabila saya duduk bersama Keat (pengasas Geek Fam), ia mengembalikan memori saya ketika mulakan EVOS, semua semangat saya masih ada. Saya juga tidak sabar untuk meneruskan perjalanan ini lagi.” ujar Ivan Yeo.
Kerjasama ini bukan hanya termaktub untuk Dota 2 sahaja, tetapi banyak lagi pasukan e-sukan yang akan berada di bawah naungan Geek Slate untuk masa hadapan.
Ini juga termasuk gabungan MPL Indonesia & slot PMPL Malaysia dalam kerjasama ini.
“Saya sudah lama mengenali Ivan dalam industri e-sukan Asia. Kami berdua adalah perintis dalam hal ini. Apabila peluang untuk bekerjasama ada, saya terus sertai kerjasama ini. Rekod baik sebelum ini juga sudah terbukti dan saya tidak sabar untuk melihat Geek Slate menjadi jenama antarabangsa,” ujar Lim Keat Kuang (Pengasas Geek Fam).
Geek Fam juga terkenal dengan pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PUBG Mobile.