menghubungkan akaun miHoYo mereka ke akaun PSN mulai Versi 2.0 ini."> menghubungkan akaun miHoYo mereka ke akaun PSN mulai Versi 2.0 ini." /> menghubungkan akaun miHoYo mereka ke akaun PSN mulai Versi 2.0 ini." />

Genshin Impact – Cross-save tiba untuk akaun PSN dan akaun miHoYo

Akhirnya pemain Genshin Impact di platform PlayStation 4 dan PlayStation 5 boleh menghubungkan akaun miHoYo mereka ke akaun PSN mulai Versi 2.0 ini.

MiHoYo juga menjawab beberapa persoalan mengenai sambungan akaun, tambah nilai, ganjaran khas, Co-Op di PlayStation dan rakan anda.

Apa fungsi cross save di antara akaun PSN dan akaun miHoYo?

Fungsi ini membolehkan anda untuk menyimpan save data ke platform lain.

Akaun PSN anda perlu mempunyai emel yang betul supaya anda boleh log masuk ke iOS, Android dan PC menggunakan akaun miHoYo anda.

Anda juga boleh menggunakan akaun miHoYo sedia ada anda untuk log masuk ke Genshin Impact di platform PlayStation juga.

Tetapi anda perlu berhati-hati kerana anda perlu menekan pop-up window yang keluar jikalau anda terlepas, akaun baru akan dibuat dan anda tidak boleh menghubungkan akaun ini dengan akaun sedia ada.

Bagi yang mahu menyambung ke platforn lain, anda hanya perlu log masuk ke Genshin Impact di PlayStation kemudian pergi ke Settings > Account > User Center > Link Account.

Malangnya tambah nilai Genesis Crystal, Welkin Moon dan Battle Pass anda tidak akan ada di platform lain.

Namun Primogems masih akan wujud mengikut platform anda. Jadi Primogems anda masih selamat.

Selepas sambungan akaun, anda juga akan mempunyai dua senarai kawan iaitu Genshin Impact Friends dan PlayStation Network. Kedua-dua jenis kawan ini akan diasingkan.

Jangan risau rentas platform co-op masih ada seperti biasa.

Setakat ini anda tidak boleh membuang sambungan di antara akaun PSN dan miHoYo ini.

Jangan lupa baca kemas kini terbaru akan datang untuk Versi 2.0 nanti!

RELATED NEWS

+