Codashop Varsity Program x Genshin Impact – Roadshow ke universiti tempatan

Codashop kini bersama-sama Genshin Impact akan melancarkan program kampus varsity melalui Codashop Varsity Program.

Program ini dianjurkan bagi memperkasakan lagi kedudukan mereka sebagai peneraju kandungan dalam permainan di Malaysia.

Program pengaktifan kampus ini juga adalah yang pertama di Malaysia bersama Genshin Impact.

Mereka bakal membuat lawatan ke banyak universiti popular tempatan untuk roadshow Genshin Impact.

Banyak kampus akan dilawat dengan pengalaman varsity yang unik di luar talian. Acara pertama akan dibuat di Taylor’s University, Lakeside Campus.

Acara akan bermula esok 1 Februari di Student Life Centre, Taylor’s University bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Pertandingan Genshin Impact

Pertandingan Genshin Impact juga akan diadakan di mana anda perlu membuat domain challenge dengan masa terpantas.

Peserta bakal membawa pulang barangan eksklusif Codashop dan Blessing of the Welkin Moon berdurasi tiga bulan.

10:30AM – 11:30AM: Confront Stormterror (Dvalin)
12:00PM – 1:00PM: Beneath the Dragon Queller (Azadaha)
1:30PM – 3:00PM: End of the Oneiric Euthymia (Raiden no Inazuma Tono)
3:30PM – 5:00PM: Joruri Workshop (Shouki no Kami, the Prodigal)

Meet & Greet

Anda juga boleh berjumpa dengan Deadpudds bermula 12 tengah hari sehingga 3 petang. Peserta boleh mengambil gambar bersama Deadpudds dan Muat naik foto ke Instagram atau Facebook dengan #Codashop dan #CVPxGenshinImpact.

Lima pemenang bertuah juga akan mendapat kotak tikam eksklusif dari Pudds.

Spin-the-Wheel

Peserta yang bertuah dalam spin ini bakal berpeluang memenangi 60 sehingga 1980 Genesis Crystals, Blessings of the Welkin Moon dan barang eksklusif Codashop.

Jangan lupa untuk ke Taylor’s Universiti esok bersama-sama Traverelrs lain untuk peluang memenangi hadiah dan bagi mereka yang tidak bermain Genshin Impact, anda juga boleh hadir untuk memeriahkan lagi acara ini.

RELATED NEWS

+