Genius Invokation TCG Genshin Impact adakan pertandingan RM1.24 juta

HoYoverse baru-baru ini mengumumkan pertandingan rasmi pertama buat Genius Invokation TCG dan digelar Astra Carnival: The Prince Cup.

Genius Invokation TCG adalah satu permainan kad di dalam Genshin Impact di mana pemain akan menggunakan kad berdasarkan karakter, musuh dan NPC yang berada di dalam Genshin Impact dengan menggunakan sistem element dan energy.

Pertandingan ini akan disertai oleh beberapa negara dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM1.24 juta.

Kawasan dan negara yang bakal sertai pertandingan ini adalah Korea, Eropah, Amerika Utara, Jepun, Amerika Latin dan Asia Tenggara/Hong Kong/Macau/Taiwan.

https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/Vx81hkWvBs4ZJy5wZz5rEA--/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjt3PTk2MDtjZj13ZWJw/https://s.yimg.com/os/creatr-uploaded-images/2023-05/9822fc20-fe03-11ed-97af-772373faf422

Pertandingan ini akan membawa pemain-pemain terhebat dari komuniti pertandingan Cat’s Tail Gathering dan pertandingan wildcard.

Pemain yang layak ke suku akhir dari kawasan mereka bakal bertanding untuk Astra Carnival.

Kemudiannya kedudukan teratas  dijemput ke peringkat antarabangsa mulai Jun, Ogos dan Disember ini.

Hoyoverse mengatakan Prince Cup diadakan untuk mencari lebih ramai pemain berbakat untuk semua peminat termasuk para pemain permainan video di luar Genshin Impact.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Genius Invokation TCG.

RELATED NEWS

+