The Game Awards 2021, semalam mengkalungkan Genshin Impact sebagai permainan mudah alih terbaik tahun ini."> The Game Awards 2021, semalam mengkalungkan Genshin Impact sebagai permainan mudah alih terbaik tahun ini." /> The Game Awards 2021, semalam mengkalungkan Genshin Impact sebagai permainan mudah alih terbaik tahun ini." />

Genshin Impact ungguli Permainan Mudah Alih Terbaik

Anugerah berprestij untuk permainan The Game Awards 2021, semalam mengkalungkan Genshin Impact sebagai permainan mudah alih terbaik tahun ini. 

Laman rasmi Twitter @GenshinImpact juga membuat pengumumam kemenangan ini dan semua pemain Genshin Impact bakal mendapat 1600 Primogems yang bersamaan dengan 10 summon.

Permainan yang dilancarkan sejak 28 September 2020 itu mengungguli undian peminat mengatasi League of Legends: Wild Rift dan Pokemon UNITE.

Selain itu, Genshin Impact juga adalah permainan yang paling kerap diciap oleh pemain di Twitter, mengatasi Apex Legends, Animal Crossing dan Fortnite. 

Sebelum ini, Genshin Impact pernah memenangi beberapa anugerah lain seperti 2020 TapTap Game of the Year, Apple Design Awards untuk Visual dan Grafik dan PlayStation Partner Awards 2021.

Genshin Impact kini boleh dimainkan di platform iOS, Android, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Sportkeeda

RELATED NEWS

+