Genshin Impact berjaya cecah kutipan RM17.6 bilion

Genshin Impact telah dikeluarkan oleh MiHoYo (kini HoYoverse) kini berjaya mencecah RM17.6 hasil kutipan wang secara global.

Permainan video ini berjaya membuktikan permainan video mudah alih dan pelantar lain berjaya menjadi antara pasaran tertinggi di dalam dunia.

Genshin Impact juga telah menjadi antara permainan video yang sangat popular malah lebih dari jangkaan HoYoverse sendiri.

Permainan ini juga malah mempunyai lebih pembelian dari keseluruhan eksport mesin basuh di China dalam 11 bulan pertama 2022 menurut kastam negara China.

Genshin Impact juga pernah memenangi permainan video mudah alih terbaik 2021 dan menjadi permainan video berterusan terbaik 2022 di Video Game Awards.

Nampaknya, industri permainan video China kini sedang meningkat dan menjadi pengaruh besar untuk dunia permainan video sekarang.

Rujukan: South China Morning Post

RELATED NEWS

+