5 Anime yang anda boleh tengok kalau suka Genshin Impact

Banyak sebenarnya pengaruh yang Genshin Impact ambil dari anime dan sudah semestinya ada yang dijadikan inspirasi untuk permainan video ini.

Boleh dikatakan pasti akan ada satu anime untuk semua orang cuma anda belum menjumpainya lagi.

Jadi ini adalah 5 Anime yang boleh anda tengok jika anda suka Genshin Impact.

1. Konosuba

Konosuba: Where Should We Watch and What to Know Before Watching it? -  Gizmo Story

Genshin Impact banyak memasukkan penceritaan dan banyak adegan lucu yang akan sentiasa diingati.

Konosuba juga bawa banyak komedi yang tidak dapat dilupakan dan sudah pasti anda akan sentiasa tertawa sehingga pecah perut.

2. Is it Wrong to Try to Pick Up Girls in A Dungeon? (Danmachi)

DanMachi Watch Order: The Complete Guide

Masuk ke dungeon untuk menjadi lebih kuat dan mempunyai dewa-dewi di dalam dunia.

Sama seperti Genshin Impact, Danmachi penuh dengan dungeon dan dewa-dewi yang perlu mengembara unuk menjadi lebih kuat.

Dunia ini juga penuh dengan elemen RPG.

3. Log Horizon

Is Log Horizon Season 3 Coming Soon?

Log Horizon adalah siri anime yang bertemakan RPG di mana 30,000 pemain rakyat Jepun dimasukkan ke dunia fantasi permainan video dalam talian.

Sama seperti Genshin Impact Aether dan Lumine terperangkap di Teyvat ketika mereka meneroka di antara dunia-dunia berbeza.

Di dalam dunia penuh kuasa pedang dan magis sama seperti Genshin Impact di mana anda perlu bertukar-tukar elemen untuk serang.

4. Siri Fate

5900+ Fate Series HD Wallpapers and Backgrounds

Siri Fate sangat popular dan penuh dengan peminat. Perlawanan siri Fate sangat hebat malah ada yang lebih hebat dari Genshin Impact.

Tetapi Genshin Impact juga mempunyai beberapa babak yang pasti akan membuat anda tergamam.

Anda boleh bermula dengan Fate/Zero, Fate/Stay Night dan Fate/ Unlimited Bladeworks.

5. Grimgar Of Fantasy And Ash

Final Thoughts: Grimgar of Fantasy and Ash | The Glorio Blog

Genshin Impact mempunyai banyak penceritaan penuh tragis dan banyak putar belit.

Ia juga tidak hanya memberi fokus kepada hal yang gembira sahaja dan ada juga mengambil penceritaan yang penuh gelap dan serius.

Grimgar Of Fantasy And Ash menceritakan rakan sekelas yang dihantar ke dunia lain penuh dengan elemen RPG.

Tetapi dengan penceritaan serius dan penuh realiti.

Apa lagi anime yang anda rasa anda akan suka jika sama seperti Genshin Impact?

RELATED NEWS

+