Ghost of Tsushima di PS5 akan ada tetapan 60FPS

Sucker Punch Productions telah mengesahkan bahawa Ghost of Tsushima boleh dimain di PlayStation 5 (PS5) bermula pada hari pelancaran dengan sistem keserasian belakang konsol tersebut.

Studio tersebut juga mengesahkan bahawa pemilik PS5 boleh menggunakan fungsi Game Boost untuk membolehkan kadar bingkai mencecah 60FPS. Waktu muatan juga akan dikurangkan lagi dengan adanya SSD dalam PS5.

Pada waktu ini, Ghost of Tsushima mempunyai dua tetapan grafik di konsol PlayStation 4 Pro (PS4 Pro) iaitu Resolusi Tinggi dan Kadar Bingkai Tinggi. Tetapan Kadar Bingkai Tinggi tersebut hanya menyasarkan 30FPS.

Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengesahkan bahawa lebih daripada 4,000 permainan PS4 boleh dimain di PS5. Beberapa permainan seperti Ghost of Tsushima akan ada penambahbaikkan menggunakan Game Boost.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+