4.5 juta unit PS5 telah dijual pada tahun 2020

Sony telah mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku terakhir tahun 2020. Laporan ini menunjukkan bahawa 4.5 juta unit PlayStation 5 (PS5) terjual sejak hari pelancaran hingga 31 Disember 2020. Sony meramalkan jualan PS5 akan mencapai 7.6 unit pada 31 Mac tahun ini. 

Laporan itu juga menyatakan 1.4 juta unit PlayStation 4 (PS4) terjual dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2020. Ini bermaksud jualan keseluruhan PS4 telah mencecah 115 juta unit. PS4 kekal di tangga ke-empat dalam senarai konsol paling laris di dunia. Tangga ke-tiga kini dipegang oleh Game Boy dengan jumlah jualan 118 juta unit.

Selain itu, Sony juga melaporkan peningkatan 8.6 juta pelanggan perkhidmatan PlayStation Plus (PS Plus) berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Kini terdapat 47.4 juta pelanggan PS Plus di seluruh dunia.

Sumber: Sony

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+