Bonus pra-tempah Gran Turismo 7 didedahkan

Gran Turismo 7 adalah sebuah permainan ekslusif untuk konsol Sony PlayStation 4 dan PlayStation 5 yang menetapkan fokusnya kepada pemanduan realistik serta visual yang seakan-akan dunia realiti. Sony mengumumkan item bonus bagi yang menempah awal permainan itu dan juga edisi ulang tahun ke-25 siri itu.

Bonus Pra-tempah Gran Turismo 7 Standard Edition

 Jika anda menempah Gran Turismo 7 Standard Edition di PlayStation Store dengan harga RM249, anda akan menerima item bonus yang berikut:

• Toyota Castrol TOM’S Supra
• Mazda RX-VISION GT3 Concept (Stealth)
• Porsche 917K Living Legend
• 100,000 kredit (CR)

Anda juga boleh menempah Gran Turismo 7 untuk konsol PS4 + Ps5 dengan harga RM299.

Maklumat pra-tempah edisi fizikal Asia akan didedahkan dalam masa terdekat.

25th Anniversary Edition PS5, PS4 

Bagi peminat tegar siri Gran Turismo, Sony dan Polyphony Digital mengeluarkan edisi khas demi meraikan ulang tahun ke-25 siri ini. 

 

Pemain yang menempah edisi ini akan menerima sebuah SteelBook® edisi terhad dan juga beberapa item di bawah:

• PS5 Game Disc dan baucar untuk PS4 Game (digital)
• 1,100,000 kredit (CR)
• Toyota GR Yaris dengan Livery khusus negara
• 30 Avatar Manufacturer/ Partner
• Set Muzik Rasmi The Music of Gran Turismo 
• Toyota Castrol TOM’S Supra
• Mazda RX-VISION GT3 Concept (Stealth)
• Porsche 917K Living Legend

25th Anniversary Digital Deluxe Edition PS5, PS4

Bagi peminat yang mahukan segalanya, Gran Turismo 7 juga ditawarkan dalam bentuk digital yang juga menawarkan segala bonus di atas termasuk permainan di konsol PS4 dan PS5.

• Gran Turismo 7 versi digital PS4 + PS5
• 1,600,000 kredit (CR)
• Toyota GR Yaris dengan Livery khusus negara
• 30 Avatar Manufacturer/ Partner
• Set Muzik Rasmi The Music of Gran Turismo 
• Toyota Castrol TOM’S Supra
• Mazda RX-VISION GT3 Concept (Stealth)
• Porsche 917K Living Legend

Pemain yang ingin menaiktaraf PS4 Gran Turismo 7 Standard Edition ke PS5 Gran Turismo Standard Edition boleh memilih untuk mengambil pakej naiktaraf yang bernilai RM50.

Tempoh Tawaran

Tawaran ini sah sehingga tarikh pelancaran Gran Turismo 7 di konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 4 Mac 2022.

Dapatkan Gran Turismo 7 versi digital di sini.

RELATED NEWS

+