GigaBash dedahkan watak mirip Ultraman

Sebuah trailer baharu untuk permainan buatan Malaysia GigaBash telah dilancarkan di YouTube. Trailer tersebut menonjolkan watak Gigaman, salah seorang watak yang boleh dikawal oleh pemain.

Menurut Passion Republic Games, Gigaman merupakan seorang adiwira yang pernah menyelamatkan dunia berkali-kali daripada ancaman kaiju. Kini dia kembali selepas 8 tahun menghilangkan diri. Walaupun usianya sudah tua, dia masih tangkas dan kuat.

Setakat ini lima watak telah diperkenalkan dalam GigaBash termasuk Gigaman. Nampaknya masih ada sekurang-kurangnya empat watak lagi yang belum didedahkan.

GigaBash ialah permainan buatan Malaysia yang sedang dibangunkan oleh Passion Republic Games. Ia akan dilancarkan di PC dan PlayStation 4 (PS4) pada tahun depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+