Giliran Wonder Woman pula sertai Fortnite

Selepas Superman dan Batman, kini giliran pahlawan Amazonia pula sertai barisan hero di Fortnite. 

Diana Prince akan didatangkan bersama Golden Eagle Wings Glider, Battleaxe Athena, Skin Memuat DC Trinity dan Mantle Back Bling Diana di dalam dua varian. Anda boleh membeli Wonder Woman (bersama varian Amored) di Item Shop pada 19 Ogos, 8.00 pm ET (20 Ogos, 8 pagi waktu Malaysia).

Anda juga berpeluang mendapatkan pakaian Wonder Woman sebelum ia tiba di Item Shop dengan mengambil bahagian di dalam Wonder Woman Cup pada 18 Ogos. Anda dan pasukan anda hanya diberi tiga jam untuk menyelesaikan sehinga 10 perlawanan dan memperoleh mata sebanyak yang boleh. 

Pasukan terbaik di setiap rantau akan mendapat pakaian Wonder Woman dan Mantle Back Blink Diana. Manakala pasukan yang mendapat lapan mata atau lebih juga akan mendapat Skin Memuat Honorary Amazons. 

Sumber: Polygon.com, Epic Games

RELATED NEWS

+