Bapa hancurkan setup PC pemain e-sukan ketika tournament RM12 juta

Seorang pemain Fortnite sedang bermain pertandingan Fortnite Champion Series (FNCS).

Pemain tersebut bernama Rem dan siri FNCS ini adalah antara pertandingan terbesar untuk Fortnite.

Pertandingan adalah pertandingan rasmi dari Epic Games dengan jumlah wang terkumpul sebanyak $ASD3 Juta (RM12 juta).

Malangnya peluang pemain ini untuk bermain hancur begitu sahaja.

Menurut kenyataan dari @Jake Lucky, Rem terpaksa pergi ke rumah kawan ayahnya ketika pertandingan.

Kemudian ayahnya memberikan hanya beberapa minit supaya Rem menutup PC.

Disebabkan itu hanya rumah kawan ayahnya, Rem menolak ajakan tersebut dan kemudian ayahnya bertindak menghancurkan semua peralatan komputer milik Rem.

Lebih menyedihkan setup PC tersebut langsung tidak dibeli mahupun dibayar sesen pun oleh ayahnya.

Difahamkan Rem hanya mampu menyelamatkan GPU 1080ti miliknya sahaja.

Semuanya adalah hasil titik peluh Rem sendiri.

Nasib baik untuk Rem, Jake Lucky mengesahkan dia akan memberi satu PC baharu untuk Rem.

PowerGPU yang merupakan salah satu kedai komputer kustom, akan memberikan Rem satu PC hasil kolaborasi bersama Jake.

PC baru ini mempunyai spesifikasi lebih hebat dari apa yang Rem ada.

Walaupun Rem tidak dapat lagi bertanding untuk FNCS musim ini, sekurang-kurangnya kita tahu dia ada PC baharu untuk dimiliki dan dapat menjimatkan banyak wang.

Komuniti Fornite dan Jake Lucky banyak membantu dalam kejadian ini untuk membantu Rem.

 

 

RELATED NEWS

+