God Of War Akan Menerima Mod New Game Plus Yang Lebih Mencabar

God of War akan menerima mod New Game+ pada 20 Ogos!

Menerusi pautan di PlayStation Blog, akan ada pilihan customization untuk armor dan enchantments  begitu juga dengan tahap rarity baru untuk kelengkapan.

Disebabkan ia adalah sambungan kepada save file sebelumnya, tahap kesukaran juga dipertingkatkan. Pastinya lebih sukar untuk melawan musuh yang sangat mudah dikalahkan sebelum ini seperti Dragugr dan Nighmares.

God of War antara permainan yang sangat laris dijual di platform PlayStation 4 sebagai judul eksklusif dan meneruskan siri terdahulu yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Korang mengikuti perjalanan Kratos dan anaknya, Atreus melawan musuh dalam mitologi Norse dan bukannya Greek. 

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+