Permainan eksklusif God of War akan tiba ke PC

Santa Monica dan PlayStation mengumumkan bahawa God Of War (2018) akan hadir ke PC pada 14 Januari 2022 melalui pelantar Steam. Permainan ini antara permainan PS4 yang terbaik pada generasi lalu. Setakat ini, sudah 19.5 juta salinan God Of War di PS4 terjual.

Seperti biasa, pemain akan dapat menikmati perjalanan Kratos dan Atreus ke seluruh dunia dengan pilihan resolusi 4K serta kadar bingkai yang tidak terhad.

God Of War versi PC merangkumi pelbagai pilihan grafik yang anda dapat menyesuaikan pengalaman visual anda berdasarkan kuasa PC anda. Dari resolusi bayangan yang lebih tinggi dan cahaya pantulan ruang yang lebih baik hingga peningkatan oklusi ambien dengan GTAO dan SSDO. Ternyatalah bahawa God Of War di PC dapat menghasilkan kualiti visual yang menarik yang unik.

Permainan ini juga mendapat sokongan Deep Learning Super Sampling (DLSS) bagi yang menggunakan GPU Nvidia RTX. Ini bermaksud anda mampu mendapat kadar bingkai yang tinggi tanpa menurunkan tetapan grafik anda.

Selain itu, Nvidia Reflex juga akan disertakan. Teknologi ini akan mengurangkan kependaman atau lebih dikenali sebagai latency bagi membolehkan permainan yang lancar dan jitu. Permainan juga akan menawarkan sokongan skrin lebar 21:9.

God Of War di PC merangkumi sokongan pengawal yang luas dan penyesuaian pemetaan papan kekunci. Selain itu, sokongan untuk pengawal tanpa wayar DualShock 4 dan DualSense di samping pelbagai gamepad lain juga termasuk.

Untuk pemain papan kekunci dan tetikus, anda dapat menyesuaikan kunci sepenuhnya untuk membuat persediaan kawalan yang paling sesuai untuk anda.

Anda juga akan menerima beberapa item bonus apabila membeli di Steam:

  • Death’s Vow Armor Sets for Kratos and Atreus
  • Exile’s Guardian Shield Skin
  • Buckler of the Forge Shield Skin
  • Shining Elven Soul Shield Skin
  • Dökkenshieldr Shield Skin

Buat masa ini, belum ada pengumuman tentang spesifikasi yang disyorkan. Namun, jika dilihat pemainan PS4 yang berada di PC setakat ini seperti Horizon Zero Dawn, anda memerlukan sekurang-kurangnya Nvidia GTX780 atau AMD R9 290 dan disyorkan untuk mempunyai Nvidia GTX 1060 atau AMD Radeon RX 580.

RELATED NEWS

+