God of War mungkin menjadi judul eksklusif PlayStation seterusnya yang akan tiba di PC

Terdapat ketirisan yang menyatakan God of War yang dilancarkan pada 2018 oleh Santa Monica Studio akan menjadi tajuk eksklusif PlayStation seterusnya yang akan tiba di PC.

Ditemui oleh Ighor July, seorang pembangun perisian yang melakukan datamining di database Nvidia GeForce Now di Reddit, menyatakan terdapat beberapa judul yang akan tiba di servis itu seterusnya ke PC. Hal ini kerana, servis permainan atas awan Nvidia membolehkan untuk stream permainan PC daripada Steam dan Epic Games Store. 

Di samping itu, ia juga menyatakan God of War akan tiba di PC melalui Steam dengan versi yang boleh dimainkan di servis permainan atas awan. 

Hasil datamine itu juga menemukan beberapa tajuk lain, daripada permainan yang diura-ura sedang dibangunkan, permainan yang sudah dilancarkan atau tersedia di PC atau permainan eksklusif konsol. Antaranya ialah trilogi Grand Theft Auto Remastered, Blue Demon Souls Remake dan Returnal. Namun buat masa ini ianya masih belum dapat dipastikan kesahihannya. 

Bagaimanapun, peralihan lebih banyak permainan first-party daripada PlayStation pasti akan berlaku, memandangkan Sony juga sedang di dalam proses untuk membawa lebih banyak permainan eksklusif ke PC. 

Antara permainan eksklusif mereka yang dibawa ke PC ialah Horizon Zero Dawn dan Days Gone. Selain Uncharted IV: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy yang diperbaharui serta dipakejkan sebagai Legacy of Thieves Collection untuk PC. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+