God of War dengan mod Simpsons adalah sesuatu yang anda perlu tengok

Boleh dikatakan dalam dunia permainan video PC akan wujud satu mod yang anda boleh terfikir untuk setiap permainan yang ada.

Jadi apa yang lebih menarik jika anda letak Homer dan Bart dari Simpsons ke dalam God of War.

Bayangkan Kratos menjadi Homer dan Bart menjadi Atreus.

Mod ini direka oleh Omega Fantasy.

Apa yang lebih menarik semua skrip ini diubah menjadi skrip Homer dan Bart.

Interaksi di antara mereka berdua sangat penuh dengan perkara-perkara yang anda tidak sangka mereka akan cakap.

Ned Flanders pula akan menjadi ‘the stranger’ iaitu Baldur.

Apa yang lebih menarik sebenarnya lakon suara yang dibuat adalah dari pelakon suara watak-watak Simpsons.

Ini bukan pertama kali Homer dimasukkan ke dalam mod permainan malah baru-baru ini Homer juga sudah diabadikan dalam Elden Ring untuk berlawan dengan Shrek.

RELATED NEWS

+