Walaupun sudah lapan tahun, kemaskini GTA 5 masih lagi popular. Rockstar Games baru-baru ini umumkan kemaskini Los Santos Tuners merupakan kemaskini paling popular mereka.
Di dalam tweet mereka, Rockstar mengucapkan terima kasih buat komuniti GTA Online.
A huge thank you to our amazing GTA Online community — we’re extremely humbled to share that more players joined GTA Online for the launch of Los Santos Tuners than any update ever!
In thanks, we’re dropping GTA$250K in everyone’s accounts shortly. See you on the streets of LS! pic.twitter.com/VrqXgCNNwc
— Rockstar Games (@RockstarGames) July 23, 2021
Bagi meraikan kejayaan ini, Rockstar mengumumkan akan memberi GTA$250k di dalam akaun pemain.
Dilancarkan pada 20 Julai, kemaskini Los Santos Tuners memperkenalkan pelbagai penambahbaikan terutamanya kereta-kereta GTA 5. Ini termasuk ruang sosial yang luas untuk pemain mempamer kereta mereka, mod kenderaan mereka dan pelbagai lagi.
Bagi keseluruhan GTA 5, mereka sedang mempersiapkan pelancaran generasi baru yang akan berlaku pada 11 November. Ini adalah konsol generasi ketiga GTA , selepas dilancarkan di Xbox 360 dan PS3.
Manakala GTA 6, masih lagi samar-samar dari pandangan.