Seminggu sebelum pelancaran rasmi GTA The Trilogy – The Definitive Edition, Rockstar kini mendedahkan permainan itu kini boleh dimuat naik lebih awal (pre-load) dahulu untuk platfrom Xbox One, Xbox Series X dan Nintendo Switch.
Selain itu, PlayStation Store juga menyediakan pre-load buat pengguna PlayStation 5 dan PlayStation 4.
There’s less than one week until Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition arrives on November 11.
Pre-loading is now available through the Microsoft Store and Nintendo eShop. PlayStation Store pre-load begins November 6 at midnight. https://t.co/pY4IBfDjHi pic.twitter.com/MdGrLHbYb8
— Rockstar Games (@RockstarGames) November 5, 2021
Namun, bagi pengguna PC anda perlu menunggu sehingga ke tarikh pelancaran untuk memuat turun permainan ini.
Selain itu, Rockstar juga akan memberikan baucar potongan sebanyak AS$10 (RM41) buat pembelian mana-mana produk dengan harga AS$15 atau lebih di Rockstar Store bagi mereka yang melakukan pra-pembelian GTA Trilogy ini.
Baucar ini sah digunakan sehingga 16 Januari tahun depan.
GTA The Trilogy- The Definitive Edition akan dilancarkan secara rasmi untuk seluruh platform permainan pada 11 November ini.
Sumber: ComicBook.