Remaja 17 tahun ditahan kerana disyaki dalang di sebalik pembocoran GTA 6

Seorang remaja British berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pencerobohan siber ke atas Rockstar Games dan Take Two Interactive berkaitan GTA 6 yang tertiris di Internet.

Dia yang hanya dikenali sebagai A.K juga dipercayai sebagai dalang di sebalik serangan yang menyasarkan Uber Technologies, yang mana dia berjaya mendapatkan nama pengguna dan kata laluan bagi seorang kontraktor untuk mengetahui servis digunakan syarikat itu, kata polis.

Selepas siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, dia ditahan atas kedua-dua serangan.

Dia ditangkap kerana persamaan atas serangan ke atas Rockstar dan Uber dan serangan siber lain yang berlaku tahun lalu dan awal tahun ini termasuklah mencuri data Microsoft, Okta dan Nvidia.

A.K kini diletakkan di pusat penahanan remaja kerana usianya.

Sumber dari penguatkuasa mengatakan ada dua lagi individu yang terpalit dalam serangan siber ini dan penahanan akan dibuat seterusnya.

Hasil dari pembocoran maklumat itu, gambar dan rakaman video mengenai perkembangan GTA 6 dibocorkan dan Rockstar sendiri kecewa dengan tindakan itu.

Sumber: Thedesk

RELATED NEWS

+