Red Dead Redemption 3 dalam pembikinan?

LinkedIn adalah laman di mana pekerja atau mereka di dalam bidang korporat mengemaskini pengalaman kerja, atau perincian terkini mengenai projek atau kerjaya. 

Baru-baru ini, dikatakan seorang pekerja secara tidak sengaja sudah ‘membocorkan’ perincian mengenai kewujudan Red Dead Redemption 3 yang kini sedang dalam pembikinan. 

Di dalam tangkap layar yang dikongsikan pihak ComicBook, menyatakan pekerja itu bekerja sebagai pemprogram kecerdasan buatan atau AI dan permainan. Beliau juga dikatakan bekerja di dalam pembangunan Red Dead Redemption 3 selama dua tahun. 

Hal ini kemungkinan kerja pembangunan Red Dead Redemption 3 sudah pun bermula selepas Red Dead Redemption 2 dilancarkan secara rasmi pada 2018. 

Namun, buat masa ini pembangunan permainan ini masih lagi di peringkat khabar angin, berikutan masih tiada perincian yang sahih mengenai perkara ini. Tetapi, tidak boleh dinafikan bahawa RDR3 mungkin akan berlaku juga.

Sumber: ComicBook.  

RELATED NEWS

+