isu pemain Team Lunatix (dulunya Team Lemah) yang dibuang sejurus sebelum MPL MY S11 bermula, bekas penganalisis, Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost berkata, keputusan yang dibuat nyata menghancurkan semangat pemain."> isu pemain Team Lunatix (dulunya Team Lemah) yang dibuang sejurus sebelum MPL MY S11 bermula, bekas penganalisis, Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost berkata, keputusan yang dibuat nyata menghancurkan semangat pemain." /> isu pemain Team Lunatix (dulunya Team Lemah) yang dibuang sejurus sebelum MPL MY S11 bermula, bekas penganalisis, Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost berkata, keputusan yang dibuat nyata menghancurkan semangat pemain." />

Halatuju bekas pemain Team Lunatix selepas ini – Sunfrost

Berhubung isu pemain Team Lunatix (dulunya Team Lemah) yang dibuang sejurus sebelum MPL MY S11 bermula, bekas penganalisis, Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost berkata, keputusan yang dibuat nyata menghancurkan semangat pemain.

“Keputusan ini sememangnya menghancurkan semangat para pemain, ada yang masih ingin berjuang, ada yang sudah pun berputus asa,” katanya.

Menurut Sunfrost juga, keputusan yang dibuat oleh Lunatix ini masih belum jelas terutamanya untuk pemain yang sudah dibuang.

“Terdapat beberapa pemain yang masih berbincang dan berfikir bersama keluarga untuk langkah seterusnya,” katanya.

Tambahan lagi Eyymal pemain posisi Jungler Lunatix berkemungkinan besar akan menjadi satu-satunya pemain yang akan kekal bersama Lunatix.

“Eyymal tidak dibenarkan untuk meninggalkan Lunatix menurut pihak pengurusan,” ujar Sunfrost.

Pemain muda itu kini berasa sedih dan perit untuk meneruskan perjalanan tanpa sahabat-sahabatnya.

Pemain lain, Rainnn pula bakal menduduki SPM dan tidak akan bersambung dengan Lunatix.

Zeph pula sudah menarik diri untuk cuba kekal di Lunatix.

Semoga semua pemain-pemain ini tidak akan berputus asa untuk berjuang menjadi pemain profesional MLBB terbaik di masa hadapan.

Sementara itu, Team Lunatix juga mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung perkara ini seperti di bawah:

RELATED NEWS

+