Halo Championship Series diumum tanpa rantau Asia, menawarkan hadiah terkumpul USD3 juta

Selepas pelancaran Halo Infinite Multiplayer 15 November lalu, 343 Industries juga mengumumkan kejohanan esukan pertama mereka yang akan bermula bulan depan. 

Halo Championship Series 2021-2022 dijadualkan akan bermula pada 17 Disember ini dengan menyenaraikan rantau Amerika Utara, Eropah, Oceania dan Mexico. Ia agak mengecewakan ketiadaan rantau Asia walaupun China, Korea dan Jepun merupakan pasaran utama mereka bagi rantau ini.

Mengikut ‘roadmap’ yang dikongsi oleh pihak 343 Industries, Halo Championship Series 2021-2022 akan menampilkan beberapa kejohanan bermula Disember ini hingga Oktober 2022.

Antaranya ialah, pertandingan atas talian, Pro Series, Super/Regional, Majors dan Halo World Championship.

Halo World Championship merupakan kejohanan dunia yang akan menjadi pentas pasukan terbaik daripada setiap rantau merebut gelaran terbaik dunia. Kejohanan dunia ini juga dijadualkan akan pada 20 Oktober 2022. 

343 Industries juga menawarkan hadiah terkumpul keseluruhan sebanyak AS$3 juta (RM12.54 juta) buat para pemenang Halo Championship Series musim 2021-2022.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+