Hanya 28% Pemain Mampu Habis Main Resident Evil 2 Demo ‘1 Shot’

Memang tidak dinafikan Resident Evil 2 Remake merupakan game yang paling dinanti-nantikan pemain terutama peminat tegar siri Resident Evil.

Baru-baru ini, Capcom melancarkan satu demo ‘1 shot’ Resident Evil 2 pada 11 Januari dan mendapat sambutan meriah dari kalangan pemain di seluruh dunia.

Apalah malang sangat nasib….

Menurut statistik rasmi dari Capcom (masa artikel ini ditulis), seramai 1.3 juta pemain bermain demo ini dan hanya 28% sahaja yang berjaya menghabiskan demo ini. Demo 1 shot ini menampilkan hari malang pertama Leon S. Kennedy masuk kerja sebagai polis di Racoon City yang mana satu bandar bertukar menjadi bandar puaka apabila dibanjiri zombi.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa ada segelintir pemain yang dapat habiskan demo. Sebabnya adalah pemain hanya diberi tempoh 30 minit untuk habiskan demo dan terus halang pemain untuk main demo sejurus sahaja tamat tempoh itu.

Data ini diambil secara online melalui RE NET ini ada fungsi lain daripada lain! RE NET membolehkan korang untuk melihat info dan rekod game sendiri serta boleh membandingkan rekod permainan korang dengan pemain lain!

Korang dah cuba main demo 1 shot Resident Evil 2? Berapa lama korang ambil masa untuk habiskan demo yang mendebarkan ini? Jom kongsi bersama kami di Facebook.

Resident Evil 2 Remake bakal dilancarkan pada 25 Januari 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Capcom

Ikuti kami di Facebook.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+