Capcom mendedahkan nama Elder Dragon, Monster klasik kembali ke Monster Hunter Rise Sunbreak

Capcom mendedahkan pelbagai maklumat baru tentang perkembangan permainannya Monster Hunter Rise Sunbreak. Antaranya ialah pekan baru yang akan membawa pemain ke tempat lain, Monster yang akan kembali serta nama kepada Elder Dragon yang dilihat di video acah itu.

Naga ini dinamakan Malzeno dan makhluk beraura merah ini dijangkakan mempunyai elemen Dragon yang kelihatan seperti Stygian Zinogre yang juga berelemen Dragon.

Lokasi baru ini pun mendapat sedikit pendedahan. Lokasi ini akan bertukar merah darah pada waktu malam, menambahkan suasana seram.

Selain pendedahan Malzeno, Capcom juga mengumumkan pengembalian seekor Monster yang tidak hadir pada Monster Hunter World dan juga Iceborne. 

Para peminat siri pasti mengenali Shogun Ceanataur yang kali terakhir dijumpai di Monster Hunter Generations Ultimate.

Pengembalian Monster ini mungkin akan memberi petunjuk bahawa saudara satu spesisnya, iaitu Daimyo Hermitaur juga akan membuat kemunculan di Sunbreak.

Lihat video pengenalan ketam biru ini dibawah:

Monster Hunter World Iceborne memperkenalkan Seliana iaitu pekan untuk pemain yang sudah tamat permainan itu dan ia adalah permulaan untuk peringkat Master Rank. Monster Hunter Rise Sunbreak pula membawa pemain ke pekan baharu yang belum dinamakan. Capcom mungkin akan mendedahkan lagi tentang pekan baru itu pada video trailer akan datang.

DLC Kosmetik

Capcom juga menambahkan kosmetik pada kemas kini yang bakal datang. Ia bertemakan permainan Ghosts ‘n Goblins Resurrection, bermula pada 24 Oktober. Anda akan dapat kosmetik yang menggambarkan Arthur. Ini akan menjadi yang terakhir dari Capcom Collaborations.

RELATED NEWS

+