Harry Potter: Wizard Unite bakal ditutup

Niantic mengumumkan mereka akan menutup permainan Harry Potter ala Pokemon GO, mereka iaitu Harry Potter: Wizard Unite pada 31 Januari 2022.

Pengumuman penutupan permainan ini dibuat melalui akaun Twitter mereka, selain menyatakan permainan ini akan dinyah-senarai daripada kedai aplikasi Google Play Store dan App Store bermula 6 Disember tahun ini.

Harry Potter Wizard Unite adalah permainan ala Pokemon GO yang mana pemain akan bermain sebagai ahli sihir daripada salah sebuah rumah di Hogwarts menentang raksasa dan mengumpul sumber di dalam permainan. 

Ia dilancarkan pada 2019, menjadi permainan percuma di platform Android dan iOS. Ia juga mempunyai beberapa proses mikrotransaksi dan mengumpul beberapa data pemain.

Bagi pemain yang masih bermain Wizard Unite, pembangun akan mempertingkatkan ganjaran dan mengurangkan masa cooldown untuk mereka yang menikmati permainan itu sebelum ia ditutup sepenuhnya. 

Bagi mereka yang sudah berbelanja di dalam permainan itu, duit anda tidak akan dikembalikan.

Sumber: Kotaku.

RELATED NEWS

+