Untuk menjawab persoalan besar, ‘Ada orang main Pokémon Go lagi ke?’, jawapannya adalah ya.
Game mobile AR dibangunkan oleh Niantic telah mencecah 1 bilion muat turun dari seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2016. The Pokémon Company mengumumkan kejayaan luar biasa ini melalui video dalam bahasa Jepun.
Walaupun game ini sudah berusia 3 tahun, kebanyakkan muat turun Pokémon Go hadir sejurus selepas pelancaran rasmi. Game ini telah mencatat 500 juta muat turun beberapa minggu selepas pelancaran iaitu pada September 2016.
Sejak dari itu, Niantic telah menyajikan pelbagai kandungan secara konsisten untuk pemain Pokémon Go. Baru-baru ini, Team Rocket menyerang Poké Stop dengan Shadow Pokémon dan lagenda Pokémon seperti Rayquaza turut hadir dalam Raid Battle serta korang berkesempatan untuk menangkap Pokémon jenis Fairy, Ralts, Gardevoir dan Gallade pada 3 Ogos ini.
📢 Attention, Trainers!
📢 The August #PokemonGOCommunityDay exclusive move = SynchronoiseEvolve Kirlia during or up to one hour after the Community Day event to obtain a Gardevoir or Gallade that knows this #PokemonGOCommunityDay exclusive move! pic.twitter.com/VeSuuAxr28
— Pokémon GO (@PokemonGoApp) July 31, 2019
Kalau korang rasa sangsi lagi tentang Pokémon Go, saya pernah lihat bapa bersiar-siar bersama anaknya bermain Pokémon Go dan datuk bermain bersama cucunya di taman. Pokémon Go membolehkan orang yang tidak pernah tahu menahu tentang Pokémon bertukar menjadi seorang peminat Pokémon.
Adakah korang masih seronok bermain Pokémon Go? Kongsikan pendapat bersama kami.
Sumber: Engadget
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.