Haru meninggalkan pasukan Wild Rift T1

Organisasi e-sukan daripada Korea, T1 baru-baru ini mengumumkan melepaskan Haru atau nama sebenar Kim Hae-sol daripada barisan roster Wild Rift mereka. 

Pengumuman mengenai peninggalan Haru diumumkan pada Ahad lalu, melalui laman Facebook mereka.

Berikut peninggalan Haru, T1 kini sedang merekrut pemain baru bagi pasukan mereka. Iklan merekrut ahli baru itu diumumkan hari berikutnya dan akan berlangsung sehingga 29 Oktober.

Haru sebelum ini mula bermain untuk T1 bermula Ogos tahun ini sebagai pemain Attack Damage Carry (ADC) bagi pasukan mereka. Bersama Haru, mereka sudah menyertai Wild Rift Rival dan Wild Rift Champions Korea 2021, namun tiada kemenangan yang diperolehi.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+