Arcane menjadi salah satu siri animasi yang popular pernah dilancarkan di Netflix. Ia dikeluarkan oleh Riot Games dan memaparkan kisah seorang Vi dan juga adiknya Jinx mengalami kesusahan untuk meneruskan kehidupan di Zaun.
Di dalam soal jawab di Reddit, Lead Champion Producer iaitu Ryan “Reav3” Mireles mengesahkan bahawa pasukan reka bentuk Riot Games sudah bermula berbincang untuk memasukkan karakter di dalam Arcane ke dalam League of Legends.
Ready yourselves, friends. Season 2 of Arcane is now in production.
Where’s a Hexgate when you need one? pic.twitter.com/3aUeWuQ5Uu
— Arcane (@arcaneshow) November 21, 2021
Beliau berkata “Selepas melihat Arcane berjaya menawan hati pemain dan penonton, pasukan mereka bentuk champion kini teruja untuk meneroka karakter dari Arcane selagi ia tidak lari dari konteks Moba kami”.
Berdasarkan kenyataan itu, mungkin kita akan dapat melihat karakter seperti Silco dan Vander akan dikeluarkan oleh pihak pembangun.
Silco adalah seorang watak jahat yang ingin mendominasi Piltover kerana beliau merasakan sudah lama terseksa hidup di bawah cengkaman Piltover itu sendiri.
Manakala Vander adalah seorang ketua dan penjaga bandar Zaun untuk mengekalkan keamanan di antara Piltover dan Zaun itu sendiri.
Tanpa Vander sebagai ketua, keadaan mula menjadi kucar-kacir dan Piltover harus melakukan sesuatu demi menghalang kejahatan yang dilakukan oleh Silco.
Sumber: AFK Gaming