Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengucapkan tahniah kepada T1

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengucapkan tahniah kepada pasukan T1 kerana memenangi World Championship selepas tujuh tahun mencuba.

Namun, ini adalah kali keempat T1 memenangi World Championship.

“Di Hangzhou Asian Games, e-sukan menjadi acara rasmi buat pertama kali dan Korea Selatan memenangi empat pingat. Meneruskan kejayaan ini, T1 kini menjadi juara Worlds sekaligus mengharumkan nama Korea Selatan sebagai negara kehadapan dalam e-sukan,” ujar Yoon Suk Yeol dalam satu surat untuk T1.

Kerajaan Korea Selatan akan meneruskan sokongan penuh dalam industri permainan video korea untuk menjadi lebih kompetitif secara global dan menjadi pelopor industri ini.

Negara itu kini sudah menjadi antara pelopor terbesar industri permainan video dan e-sukan.

RELATED NEWS

+