T1 melebarkan sayap ke Wild Rift

Selepas menubuhkan satu pasukan PUBG Mobile di dalam dunia e-sukan mudah alih pada tahun lalu, kini pasukan yang cukup gah di dalam dunia League of Legends, T1 (atau dulu dikenali sebagai SKT T1) menubuhkan pasukan untuk League of Legends: Wild Rift. 

Pengumuman itu dibuat melalui laman Twitter rasmi T1 awal hari ini. 

Buat masa ini, Korea Selatan masih tiada lagi acara rasmi untuk kejohanan LoL:WR berbanding negara-negara lain, tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh pasukan T1 dan KT Rolster menunjukkan kemungkinan satu kejohanan akan berlangsung tidak lama lagi. 

Pada tahun lalu, Korea Selatan menjadi salah satu negara terawal yang bermain permainan itu selepas fasa beta tertutup. Malah, dua tonggak utama LoL T1 iaitu Teddy dan Faker, juga membintangi iklan rasmi LoL:WR yang menarik perhatian ramai peminat. 

Selain itu, dengan pengumuman Riot Games mengenai Wild Rift Esports di Brazil yang diumumkan beberapa hari lalu, memberi petanda bahawa kemungkinan kejohanan yang sama juga akan diadakan di Korea Selatan.

RELATED NEWS

+