Hayao Miyazaki, pembikin Spirited Away, keluar daripada persaraan, mengarah sebuah filem baru

Pembikin filem legenda daripada Studio Ghibli Hayao Miyazaki mengumumkan keluar daripada persaraan untuk menghasilkan sebuah filem terakhirnya, kerana dia ingin lakukannya.

Melalui temuramah bersama New York Times, pembikin filem berusia 80 tahun itu mengesahkan yang dia akan menghasil sebuah lagi filem iaitu projek yang diberi nama How Do You Live?

Hayao Miyazaki sebelum ini mengumumkan persaraannya pada 2013, sebelum dia dan anaknya Goro Miyazaki hasilkan sebuah filem pendek bertajuk Earwig and the Witch. 

Pada 2018, Hayao Miyazaki sekali lagi mengumumkan dia akan keluar daripada persaraan. “Dia perlu hasilkan sesuatu untuk terus hidup,” kata Goro mengenai ayahnya.

Buat masa ini perincian mengenai filem terbaru mereka, How Do You Live? masih lagi samar-samar dan Toshio Suzuki, penerbit Studio Ghibli menghuraikannya sebagai “fantasi berskala besar”.

How Do You Live? adalah sebuah novel 1973 yang mengisahkan tentang Junichi Honda seorang remaja 15 tahun selepas kematian ayahnya. Junichi atau dikenali sebagai Koperu (berasaskan ahli astronomi, Copernicus) hidup bersama pak ciknya mengetahui hidupnya sangat berbeza. 

How Do You Live? ini sedang dalam pembikinan sejak 2018 dan dikatakan ia dijangka akan siap di dalam masa tiga tahun lagi. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+