Studio Ghibli akan berkolaborasi dengan MLBB?

Selepas berkolaborasi dengan siri terkenal iaitu Jujutsu Kaisen, kini MLBB dikatakan akan berkolaborasi dengan Studio Ghibli untuk melancarkan skin bertemakan karakter ataupun inspirasi daripada Studio Ghibli.

Menurut satu ciapan yang dibuat oleh BasoMnate di Reddit memuat naik satu gambar di mana hero-hero terpilih adalah Xavier, Edith dan Kagura.

Peminat Studio Ghibli dapat melihat satu lukisan contoh yang dibocorkan iaitu skin Kagura dan ramai menyukai skin tersebut.

Kagura anime skin (src- aceunyil)
by u/Talia__Nat in MobileLegendsGame

Bukan itu sahaja, ada yang mahukan hero seperti Nana menjadi Totoro, Gloo menjadi Fire Spirit dan Popol and Kupa menjadi Mononoke.

Namun begitu, masih tiada berita mengenai tarikh pelancaran skin berkolaborasi ini.

RELATED NEWS

+