The Boy and the Heron akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi

The Boy and the Heron (Kimitachi wa Dou Ikiru Ka) akan menerima hak penstriman di Netflix di pasaran seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat dan Jepun selepas satu perjanjian dibuat pada Selasa.

Animasi Jepun dari Studio Ghibli itu baru-baru ini memenangi Oscar 2024 di bawah kategori animasi terbaik dan ia adalah hasil kerja Hayao Miyazaki dengan teknik hand-drawn, dan menampilkan penceritaan asal dan pengarahan dari Miyazaki sendiri.

Sebanyak AS$85 juta dikaut oleh The Boy and the Heron di Jepun. Ia akan ditayangkan di Netflix tidak lama lagi. 

 

 

RELATED NEWS

+