Hearthstone bakal melancarkan United in Stormwind Expansion Ogos ini

Bermula bulan Ogos ini, pemain permainan Hearthstone akan dapat menikmati expansion terbaru iaitu United in Stormwind. Para pemain akan diberikan sebanyak 135 kad yang baru.

Antara kemaskini di dalam expansion tersebut ialah:

Questlines

Tiga bahagian misi ini mengupas kisah terkini wira upahan Hearthstone yang terbaru. Anda akan memulakan perlawanan dengan misi anda dan menyelesaikan setiap langkah untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang akan diberikan. Lengkapkan ketiga-tiganya dan tentera upahan akan bergabung di sisi anda.

Tradable

Fungsi terbaru ini memberikan para pemain untuk menambahkan tradeable kad di dalam dek mereka. Anda boleh menggunakan kad tersebut dengan efek yang normal atau anda boleh menarik kembali kad tersebut ke dalam dek dengan hanya menggunakan 1 mana. Selain itu, pada masa yang sama anda boleh mengeluarkan kad lain yang mungkin berguna di waktu tersebut.

Mount up

Para pemain sudah boleh menggunakan mantera ke atas minion untuk menguatkan lagi mereka. Apabila empowered rider musnah, ia akan mengeluarkan trusty steed (stat yang selari dengan buff yang asli).

Ply Your Trade

Alat profesion adalah satu senjata pasif yang mempunyai efek yang istimewa berbanding attack values. Contohnya seperti Paladin’s Primastic Jewel Kit, yang akan menambahkan kekuatan minions yang berada di dalam genggaman anda tatkala minion lain kehilangan Divine Shield.

BattleGround Updates

Perincian kemaskini adalah termasuk The Battlegrounds Bundle: Beach Party yang merangkumi tujuh potret karakter baru yang menikmati keseronokan di bawah sinar matahari, seperti Grill King Bolvar dan Chillin ‘Vol’jin. Bundel ini juga merangkumi Tikilord Ragnaros, pengganti suara Bertender sepenuhnya yang menyajikan minuman dengan scorching attitude. 

Selain itu, terdapat juga Battlegrounds Heroes: Shadowlands yang memaparkan lapan karakter wira yang diberikan nafas baru sebagai anggota Covenants yang didapati di dalam World of Warcraft: Shadowlands bertemakan afterlife termasuk Finley of the Kyrian dan Ysera of the Night Fae.

Anda boleh melihat preview kemaskini tersebut di SINI.

RELATED NEWS

+