Catalyst Black membawa permainan baru aksi arena penuh dengan elemen MOBA dan aksi RPG.
Dibina oleh Super Evil Megacorp, berkemungkinan besar Catalyst Black adalah pengganti Vainglory yang sangat popular suatu masa dahulu sebagai permainan MOBA mudah alih pertama dalam dunia.
Permainan ini membawa grafik yang sangat cantik dengan kawasan yang penuh dengan warna.
Gimik yang paling menarik sekali adalah gimik bertukar menjadi Primal satu raksasa besar dengan kuasa tersendiri yang boleh mengubah cara permainan anda.
Boleh dikatakan prestasi permainan ini juga sangat baik dan lancar walaupun dengan menggunakan telefon berspesifikasi rendah.
Black Catalyst banyak memberi fokus kepada kerjasama kerana anda boleh bermain dalam mod dalam skala besar seperti 10 pemain ke atas.
Permainan ini dimudahkan untuk semua golongan dengan sistem butang yang sangat responsif dengan sistem auto-aim yang sangat membantu.