Hero baru Dota 2, Marci kini tiba

Marci adalah karakter kegemaran ramai dari anime DOTA: Dragon’s Blood dan juga Strength Carry.

Tetapi Marci juga boleh menjadi hero support untuk memberi bantuan kepada pasukan sendiri.

Marci adalah pengawal peribadi untuk Puteri Mirana, tetapi hubungan mereka hanya sekadar itu sahaja.

Skill Marci

1. Dispose

Marci akan menyambar musuh atau rakan pasukan dan membaling mereka ke belakang.

Orang yang dibaling akan menerima damage dan menjadi pegun.

Musuh yang ada di dalam kawasan balingan juga akan dikenakan damage dan menerima menjadi pegun.

2. Rebound

Menggunakan target vektor, skill ini akan memberi Marci mobiliti yang tinggi.

Marci akan melompat ke satu unit dan anda perlu memilih arah serangan Marci mengenakan damage dan efek perlahan.

3. Sidekick

Anda boleh memilih salah seorang hero di dalam pasukan anda untuk memberinya keupayaan lifesteal dan meningkatkan attack damage. Kuasa ini secara automatik akan diaplikasi kepada Marci juga.

4. Unleash (ULTIMATE)

Unleash adalah Ultimate Marci.

Marci akan menggunakan kuasanya dan mendapat Fury charges yang membuat Marci menyerang dengan sangat pantas.

Di setiap penghujung kombo Fury, Marci akan mengeluarkan satu serangan nadi yang memperlahankan pergerakan dan attack speed musuh.

Setakat ini Marci masih belum mempunyai Aghanim Scepter atau Shard.

Talents Marci

Talents Marci boleh dikatakan terbahagi kepada dua iaitu Carry dan Support supaya anda boleh memilih jenis peranan yang anda mahu guna.

Anda boleh mencuba Marci sekarang dengan kemas kini terbaru 7.30e.

RELATED NEWS

+