PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Homebois masih berbisa, tewaskan Team Bosskurr 2-1

PERLAWANAN PERTAMA

Homebois menggunakan draft Hayabusa untuk mengeluarkan damage yang tinggi dengan bantuan Selena sebagai Assassin. Bosskur pula mengambil Ling untuk memudahkan pasukan mereka snowball di awal permainan. Walau bagaimanapun, pasukan Homebois mendapat kelebihan mengawal permainan dan rotasi yang dilakukan memihak kepada mereka setakat ini.

Pada minit ke-6, pasukan Homebois mendahului skor dengan 10-2 setakat ini dan perbezaan gold sudah mencecah 4 ribu. Perlawanan di Lord Pit pada minit ke-15 memberikan impak yang besar kepada pasukan Homebois, mereka berjaya menumbangkan Ray dan Squpoz dari Team Bosskurr. Homebois kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-18.

 

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan Homebois bermain dengan sangat agresif pada awal permainan, mereka mempunyai Jawhead di dalam pasukan untuk melakukan ejector menangkap pemain Team Bosskurr. Homebois terus mengawal permainan selepas mereka berjaya memastikan lane mereka kekal dominasi.

Team Bosskurr gagal mendapatkan turret pasukan Homebois, Lancelot tidak memberikan impak yang tinggi untuk perlawanan kedua ini. Lord berjaya diambil pasukan Homebois pada minit ke-10 dengan mudah. Pasukan Homebois akhirnya menang dengan bantuan Lord merusuh ke arah base Team Bosskurr.

RELATED NEWS

+