Honor of Kings akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun, game mobile MOBA paling banyak dimainkan

Honor of Kings adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) di platform mudah alih yang popular dan paling banyak dimainkan di tahap global terutamanya di negara China.

Ia kini akan memasuki pasaran Malaysia dan lain-lain rantau dengan versi global bakal dilancarkan. Tarikhnya? 20 Jun ini di Malaysia. Pemain sudah pun boleh mendaftar minat bila permainan mudah alih ini akan dilancarkan nanti.

HOK yang dilancarkan sejak 2015 mempunyai gaya permainan hampir sama seperti Mobile Legends dan merupakan ‘OG’ kepada genre MOBA di platform mudah alih.

Lebih 60 hero akan dipilih, setiap satunya dengan kelebihan tersendiri. Ia banyak diinspirasikan dari mitologi dan kisah dongeng China untuk karakter yang direka.

HOK dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh Tencent Games. Bagi pasaran Malaysia, ia akan diterbitkan oleh Level Infinite.

RELATED NEWS

+