Huawei Nova 7i Hadir 14 Februari – Kamera 48 MP, Teknologi Supercharge 40W

Malaysia adalah negara pertama di luar China bagi pemasaran Huawei Nova 7i yang baru bermula 14 Februari ini. Seperti yang kita tahun siri Nova memang terkenal dengan dua kamera swafoto (selfie).

Kali ini, Nova 7i mempunyai fungsi tambahan kepada kamera swafoto ikonik mereka dengan menambahkan stickersfilters dan efek serta lain-lain. Ia juga mempunyai fungsi HDR jadi sangat sesuai untuk korang rakam video di TikTok mahupun Instagram tanpa perlu muat turun aplikasi tambahan menambahkan efek.

MeeTime adalah ciri terbaru dalam panggilan video. Kali ini juga, gambar dan audio dalam panggilan video lebih berkualiti kerana kamera swafoto dengan kemampuan cahaya rendah dan bantuan mic serta speaker.

Huawei Nova 7i mempunyai kamera belakang 48 megapiksel dengan keupayaan ultrawide dan macro. 

Kamera itu juga mempunyai fungsi yang baru iaitu slimming effecuntuk menguruskan postur badan di dalam video.

Dari segi paparan, ia hadir dengan skrin 6.4 inci LTPS IPS LCD yang mempunyai 83.5% ratio screen to body dengan resolusi 1080 x 2310. Korang boleh menemui pengimbas cap jari di tepi telefon.

Dengan 8GB RAM berserta 128GB memori dalaman dengan sokongan 256GB kad memori nano, korang boleh simpan banyak foto dan video di dalamnya.

Nak main game, tak perlu risau kerana kapasiti bateri sebesar 4,200maH dan pengecasan pantas (30 minit untuk 70% kapasiti bateri).

Secara keseluruhan, peranti mudah alih ini sesuai untuk gaming, rakaman video ataupun mengambil gambar tanpa masalah. Nantikan kehadirannya di pasaran Malaysia pada 14 Februari nanti.

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan.

RELATED NEWS

+