Siri Huawei Mate 30 Dilancarkan – Berharga Bermula RM2,799

Pengguna telefon pintar di Malaysia menerima berita baik hari ini apabila Huawei mengumumkan Malaysia sebagai pasaran kedua selepas China untuk menikmati peranti pintar flagship dari Huawei iaitu siri Mate 30.

Mate 30 Pro dijual dengan harga RM3,899 dan RM2,799 untuk varian biasa (Mate 30).

Antara ciri-ciri tumpuan pada peranti ini adalah cip pemprosesan Kirin 990 dan quad camera (Pro).

Ia diumumkan ketika berlangsungnya Persidangan Ekosistem Huawei Malaysia (HMEC) di W Kuala Lumpur, tengahari tadi.

 

Huawei Mate 30 Pro

 

Ia dilengkapi paparan 6.53 OLED dengan resolusi HD Penuh berserta rekaan Horizon Display yang mana skrin ini lengkung pada kadar 88 darjah untuk paparan lebih luas dan cantik.

Tetapan Quad Camera – sistem dual kamera resolusi 40MP SuperSing Cine dengan 1/1.54 inci saiz sensor dan ultra wide angle yang boleh merekod video slow-mo sehingga 7680 fps dan menyokong video 4K dengan 60 fps (ia juga mempunyai kebolehan untuk merekod video 4K bercahaya rendah (low light).

Kamera ini juga membolehkan gambar ditangkap dengan efek Bokeh.

Bagi kamera telephoto 8MP, ia menyokong 3x zoom optikal, 5X hybrid zoom dan 30x digital zoom dengan OIS dan AIS. 

Swafoto juga lebih cantik dan menarik dengan kamera 3D Depth Sensing dilengkapi efek Bokeh.

 

Huawei Mate 30

Bagi model ini, ia hadir dengan paparan 6.62 inci OLED HD Penuh. Ia didatangkan dengan Tetapan Triple Camera – Kamera 40 megapiksel SuperSensing dengan kamera 16 megapiksel ultra wide-angle dan 8 kamera megapiksel (telephoto).

Anda juga boleh berswafoto dengan lebih gaya kerana kamera ini dilengkapi kamera 24 megapiksel dan bateri berkapasiti 4,200 mAh.

Kedua-duanya mempunyai 8GB RAM dan storan 128GB (Mate 30) dan 256GB (Mate 30 Pro) yang boleh menyokong kad microSD. Selain itu, ciri seperti pemgimbasan cap jari dalam skrin, IP68 dan kapasiti bateri 4,200 mAh bagi varian biasa dan 4,500 mAh untuk varian Pro. 

Siri ini juga membawakan fungsi pengecasan terbalik tanpa wayar. Terdapat dua pilihan warna untuk kedua peranti ini iaitu Space Silver dan Black

Buat masa ini, Mate 30 Pro hanya boleh dipra-tempah oleh pengguna yang sudah ada dua siri peranti Huawei Mate menerusi Exclusive Ownership Campaign. Anda boleh memeriksa status kelayakan di mate30proeoc.3ex.com.my sehingga 22 Oktober depan.

Apa yang menarik bagi pengguna yang layak ini? Anda akan menerima gifts bernilai RM1,115 iaitu gimbal DJI Osmo Mobile 3 berharga RM499, charger kereta dengan teknologi SuperCharge tanpa wayar berharga RM289, casing berharga RM68 dan bantuan teknikal iaitu Huawei Care dengan setahun waranti tambahan, dan waranti skrin retak selama 6 bulan.

RELATED NEWS

+