Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam Deadpool 3 bersama Ryan Reynolds

Hugh Jackman nampaknya akan kembali sebagai Wolverine dalam Deadpool 3, kata Ryan Reynolds di media sosialnya hari ini.

Ketika artikel ini ditulis, video itu sudah pun mendapat tontonan lebih 27 juta.

“Hi semua, kami sedih sebab tertinggal D23 (ekspo pada September) tapi kami sedang berusaha untuk membiki filem Deadpool seterusnya ketika ini,” kata Reynold. 

“Saya memang meletakkan jiwa saya dalam projek ini. Penampilan pertama dalam MCU kena rasa istimewa. Kami perlu kekalkan jiwa karakter, cari motivasi dan lain-lain,” tambahnya.

Dia pun kemudian bertanya “Hey, Hugh, anda nak berlakon sebagai Wolverine sekali lagi?”

“Ya, boleh saja Ryan,” balas Jackman. Video itu kemudiannya diakhiri dengan lagu I Will Always Love You dari Whitney Houston dan logo Deadpool muncul, dicakar oleh kuku ikonik Wolverine.

Deadpool 3 dikatakan akan dilancarkan pada 6 September 2024.

RELATED NEWS

+