[RASMI] Organisasi E-Sukan Terkemuka, Team Liquid Bekerjasama Dengan Marvel

Sebut saja Team Liquid, kita tahu mereka ada skuad CS:GO terbaik di dunia dan skuad Dota 2 yang tak henti memberikan prestasi cemerlang. Hari ini, Liquid melangkah ke era baharu dengan pengumuman kolaborasi bersama Marvel.

Satu perspektif yang baru melihat skuad Team Liquid menyarungkan jersi diinspirasikan daripada Avengers di acara-acara e-sukan!

Kolaborasi yang lama ini pada mulanya ditumpukan pada pelancaran merchandise baru termasuklah jersi bertemakan Captain AmericaIron Man dan Avengers Endgame serta baju-T Team Liquid x Marvel. Makin banyak merchandise akan dikeluarkan selepas ini diharapnya.

Kolaborasi ini diumumkan ketika pertandingan League of Legends: EU vs NA Rift Rivals yang mana Team Liquid menyarungkan jersi Captain America.

“Kami adalah peminat Marvel dan membayangkan bagaimana kolaborasi ini boleh menjadi kenyataan antara dua jenama. Apabila kami diperkenalkan Marvel, kami berkongsi idea kreatif bersama dan mereka sedang mencari rakan kongsi untuk jangka masa lama,” – kata COO Team Liquid, Mike Milanov.

Penulis rasakan kolaborasi ini tidak terhad untuk penjualan jersi ataupun merchandise saja tapi mungkin lebih besar daripada itu. Siapa tahu kalau Team Liquid selepas ini akan mempromosikan Marvel Super War, MOBA baru di peranti pintar yang diumumkan baru-baru ini?

Malah, mereka juga akan mengeluarkan kandungan baru berbentuk VLOG, video di Youtube dan sebagainya selepas ini. Nantikan kemaskini di media sosial mereka.

Sumber: FORBES

RELATED NEWS

+