DareDevil Dibatalkan Oleh Netflix

Daredevil nampaknya akan berakhir selepas musim ketiga mengikut kenyataan dari Netflix.

“Kami berbangga dengan musim terakhir yang lalu dan walaupun ia menyakitkan untuk peminat, kami rasa ini adalah keputusan terbaik untuk mengakhiri kisah Daredevil,” kata Netflix dalam satu kenyataan. “Kami berterima kasih kepada Erik Oleson sebagai showrunner, penulis rancangan, kru dan barisan pelakon termasuk Charlie Cox sebagai Daredevil sendiri, serta peminat yang menyokong sejak awal,”

Tapi Netflix taknak Daredevil terus ‘pergi’ dengan membuat keputusan ketiga-tiga musim ini masih akan berada di platform itu.

“Masa depan karakter Daredevil akan bergantung pada projek seterusnya untuk Marvel,”

Ini adalah rancangan ketiga yang dibatalkan Netflix dan Marvel; Iron Fist dan Luke Cage juga berakhir tahun ini. Jessica Jones dan The Punisher adalah dua siri terakhir antara kolaborasi syarikat gergasi ini yang masih belum dibatalkan.

Disney pula dalam perancangan untuk lancarkan servis penstriman sendiri pada 2019 dan ingin lari dari Netflix. Marvel Studios juga dah bersedia untuk bekerjasama dengan Disney untuk melancarkan siri original bagi platform penstriman itu.

Loki, Scarlet Witch, Falcon dan Winter Soldier dikhabarkan akan mempunyai siri mereka sendiri di platform penstriman Disney.

Sumber: TheVerge

RELATED NEWS

+