Idola K-pop dikutuk peminat hanya kerana menonton anime Made in Abyss

Beberapa Idola K-pop kini terpaksa menghadapi kecaman kerana melihat siri kontroversial Made in Abyss yang diketahui ramai mempunyai tema penuh keganasan dan pedofilia.

Ketua TXT Soobin, Woozi (SEVENTEEN), Taeyong (NCT127) dan beberapa idola k-pop lain kini mendapat kritikan dari netizen kerana menonton anime kontroversi itu.

Ramai netizen menuduh beberapa idol mempunyai pemikiran yang bermasalah kerana menyukai anime elemen fantasi gelap.

Walaupun Made in Abyss mendapat banyak review positif, cerita ini mempunyai elemen visual yang sangat menyinggung perasaan.

Semua bermula apabila Soobin mengatakan dia mengharapkan musim kedua anime itu tetapi dia tidak mengesyorkan anime itu untuk orang ramai.

Dalam anime itu, terdapat satu babak dimana protagonis didera, dipakaikan baju provokatif, kandungan berbaur eksplisit dan banyak lagi benda yang meresahkan.

Hal ini juga berlanjutan sehingga beberapa peminat k-pop mengatakan jika anda menonton anime anda adalah pedofilia.

Ada yang mengatakan idola k-pop itu melihat kandungan pedofilia dan lolicon.

Priscilla, seorang pengguna Twitter dikecam di dalam mesejnya hanya kerana menonton Jujutsu Kaisen.

Made in Abyss di Korea Selatan mendapat penapisan yang sangat ketat sehingga beberapa babak hilang konteks dan tidak difahami ramai.

Pada masa yang sama, beberapa peminat k-pp mengatakan Made in Abyss musim pertama tidak menyentuh langsung perkara yang dikenakan ini dan ramai juga peminat anime ini tidak tahu menahu mengenai mangaka Made in Abyss yang bermasalah.

RELATED NEWS

+