Siri pertama anime Mobile Legends akan disiarkan di TV9

Kita dapat lihat banyak pembangun permainan video popular seperti Dota 2 dan League of Legends yang dikeluarkan siri animasi.

Ia mendapat sambutan yang hangat dari peminat seperti siri Dota: Dragons Blood yang menceritakan tentang pahlawan naga menggunakan kuasa beliau untuk menghapuskan kejahatan.

Mobile Legends: Bang Bang, pelopor genre MOBA di permainan peranti mudah alih kini mengumumkan siri animasi mereka yang pertama.

Ianya diberi nama The Legends of Dawn: The Sacred Stone, ia akan bersiaran langsung di seluruh dunia di WeTV, ABS – CBN, Net dan TV9 Malaysia pada musim luruh tahun ini.

Pengumuman itu dikongsi melalui akaun rasmi Twitter Mobile Legends: Bang Bang. Ramai peminat memberikan sokongan penuh dan mereka tidak sabar untuk menyaksikan siri itu ditayangkan kepada umum.

Siapa sangka Mobile Legends akan mendapat siri animasinya tersendiri, adakah anda tidak sabar untuk melihat siri animasi ini ditayangkan? nyatakan di ruang komen sekarang.

RELATED NEWS

+