Indonesia bakal ada “MPL Ladies”?

Liga Bintang Wanita (Woman Star League) MLBB di Indonesia adalah satu pertandingan yang terbesar buat para wanita MLBB di negara itu.

Selepas lima musim ianya berlangsung, akhirnya mereka memutuskan musim kelima adalah musim terakhir.

Namun begitu, menurut ketua event WSL, pertandingan penting buat para wanita ini tidak hanya berakhir begitu sahaja malah pertandingan baru yang bakal menggantikan WSL akan tiba.

“Kenapa WSL musim ke-5 adalah yang terakhir, ini kerana the last dance bukan sekadar mengakhiri sesuatu akan tetapi akan melahirkan sesuatu yang baru,” ungkapnya.

“Ada yang berakhir ada yang lahir, mati satu tumbuh seribu. Berkaitan pertandingan selanjutnya akan menjadi sesuatu yang baru akan tetapi fokusnya selalu ke MPL ID. Apa yang dilakukan oleh MPL akan kami cuba lakukan.” akhirinya.

Adakah pihak penganjur WSL bakal melakukan kerjasama dengan Moonton bagi mengadakan Liga Profesional Mobile Legends yang pertama untuk kategori wanita? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+