Industri permainan video China hilang nilai $AS 80 bilion dek satu pengumuman

China baru-baru ini memecat Feng Shin yang juga Ketua Penerbitan Parti Komunis Bahagian Publisiti selepas membuat satu pengumuman mengenai industri permainan video.

Pengumuman itu dibuat untuk mengetatkan lagi peraturan sektor permainan video di China terutamanya mengenai perbelanjaan dan ganjaran yang diberikan untuk bermain permainan video.

Hal ini membuatkan ramai pelabur-pelabur takut sehingga saham beberapa syarikat besar permainan video seperti Tencent dan NetEase kehilangan besar nilai saham sehingga AS$80 bilion (RM370 bilion).

Saham industri permainan video paling besar di dunia ini menurun teruk disebabkan pengumuman ini dan kehilangan banyak pelabur.

Beijing sudah lama cuba untuk mengehadkan dan menjaga industri permainan video sejak tahun 2021 lagi seperti had masa bermain untuk pengguna bawah 18 tahun, melambatkan kelulusan permainan video sehingga 8 bulan dan masalah ketagih permainan video.

Industri permainan video China tahun lepas meningkat sebanyak 14% sehingga 42 bilion menurut China’s State Council Information Office (CGIGC).

Rujukan: Reuters

RELATED NEWS

+