Honor of Kings baru-baru ini melancarkan acara High 5 Festival sehingga 24 Mei ini, mengumpulkan pemain khususnya dari Turki, MENA dan rantau CIS serta beberapa negara dari Asia Tenggara dan Brazil untuk menyertai acara ini dan menang ganjaran.
Terdapat tiga hero baru juga iaitu Yuhuan, Erin dan Nezha kini bakal tersedia dalam permainan. Yuhuan sudah pun boleh dimainkan dan hero mage ini boleh melindungi rakan sepasukan dan menggunakan ultimate tanpa dirinya boleh disasarkan dan boleh mengelak damage.
Puteri Elf, Erin pula adalah marksman yang licik dan tangkas, menggunakan kuasa Mage untuk melancarkan serangan unik beliau. Ultinya juga menggunakan elemen alam semulajadi untuk melancarkan serangan daun kepada musuh. Dia akan berada dalam HOK bermula 14 Mei ini.
Nezha pula adalah yang terakhir akan tiba iaitu pada 29 Mei ini. Sebagai fighter, Nezha roam di atas roda berapi untuk memberikan bantuan bilamana diperlukan.
Banyak kelebihan dan ganjaran untuk acara High 5 ini di mana kesemua hero percuma dimainkan untuk masa terhad dengan lima skin pilihan serta satu skin Class-S boleh digunakan secara percuma.
Selesaikan misi harian untuk dapatkan makanan bagi Overlord yang kemudiannya akan tingkatkan peluang untuk menghasilkan telur yang boleh dicuri dan dapatkan ganjaran.
Selain itu, beberapa skin baharu juga akan disertakan seperti koleksi Mask Spirits untuk Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei.
Kemaskini 2024 Honor of Kings Open Series Split 1
64 pasukan dari empat rantau akan berlawan bermula 10 Mei hingga 19 Mei dan setiap pasukan teratas dari empat rantau ini akan mara ke 2024 HOK Open EMEA Finals Split 1 dan berpeluang bertanding di S2 Invitational pada musim panas ini.
Stream akan bermula dari 10 Mei dan boleh ditonton dalam permainan atau menerusi saluran Youtube rasmi HOK Global Esports.