Tencent kini melabur sebanyak €300 juta (RM1.3 juta) dalam Guillemot Bros, sebuah syarikat yang dimiliki oleh beberapa Pengasas Bersama Ubisoft.
Menurut laporan EuroGamer, Tencent kini mempunyai 49.9% saham dalam syarikat itu, yang terbesar setakat ini.
Semestinya hal ini satu berita yang penting kerana Ubisoft boleh mula membawakan francais terbesar mereka ke platform mudah alih.
Selain Ubisoft, Tencent dan Sony juga menambahkan saham dalam FromSoftware yang juga pembangun Elden Ring.
Sebelum ini, Ubisoft sedang membangunkan Rainbow 6 Siege untuk platform mudah alih yang kini sudah memasuki fasa Alpha.
Sumber rujukan: EuroGamer